Utama Komputer Apple Apple MacBook Pro 16-inci baharu mempunyai Mod “High Power” untuk tugas-tugas berat

Apple MacBook Pro 16-inci baharu mempunyai Mod “High Power” untuk tugas-tugas berat

420
0
Apple MacBook Pro 2021
Apple Macbook Pro -Gambar Hiasan

MacBook Pro baharu yang dilancarkan pada 2021 dilaporkan akan menawarkan sebuah fungsi “High Power Mode” yang meningkatkan kuasa pemprosesan M1 padanya.

Fungsi baharu ini akan disediakan melalui macOS Monterey dan akan diterbitkan kelak pada bulan ini. Mod ini dijangkakan membantu pengguna apabila ingin mendapatkan lebih prestasi ketika melakukan tugasan-tugasan berat.

Kewujudan “High Power Mode” ini telah disahkan oleh pihak Apple menerusi MacRumors. Ia susulan beberapa hari selepas peyumbang kandungan laman berkenaan, Steve Moser menemukan barisan kod yang berkaitan dengan mod tersebut di dalam Monterey Release Candidate 1.

Khabar angin mengenainya pertama kali muncul sejak awal September selepas laman 9to5Mac menemukan rujukan ke “High Power Mode” di dalam Monterey beta 8.Apple-M1-Pro-dan-M1-Max

Menurut kod berkenaan:

“Your Mac will optimize performance to better support resource-intensive tasks. This may result in louder fan noise,”

Bagaiamanpun, bagi yang memiliki MacBook Pro dengan pemprosesan M1 Pro tidak akan menerima fungsi tersebut. Menurut Macrumors, “High Power Mode” hanya ditawarkan pada MacBook Pro 16-inci dengan M1 Max.

Di Malaysia, model asas MacBook Pro 16-inci dengan pemprosesan M1 Max berharga RM13,199. Harga MacBook Pro 16-inci dengan M1 Max dengan konfigurasi tertinggi mampu mencapai sehingga RM25,199.

Barisan baharu MacBook Pro tahun 2021 ini telah mempertingkatkan rekaan termaSistem Terma Apple MacBook Pro 2021 yang membolehkan laptop berkenaan mengekalkan prestasi tingginya untuk satu tempoh yang panjang. Pun begitu, Apple menyatakan penggunaan harian tidak akan mengaktifkan kipas rekaan baharu tersebut.

Markah penanda aras baharu GFXBench 5 menunjukkan M1 Max mampu menyaingi grafik AMD Radeon RX 6800M dan juga NVIDIA GeForce RTX 3080. Malahan, ia juga dikatakan mampu mengatasi sebahagian bebanan tugas grafik kedua-dua jenis kad grafik mercu berkenaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.