Utama Mobile Telco Opensignal: Malaysia kini mempunyai kelajuan rangkaian 5G kedua terpantas di Dunia!

Opensignal: Malaysia kini mempunyai kelajuan rangkaian 5G kedua terpantas di Dunia!

50
0

Opensignal baru sahaja menerbitkan laporan prestasi rangkaian 5G di seluruh dunia yang merangkumi pelbagai faktor seperti kelajuan, pengalaman, ketersediaan, tahap julang (uplift) dan capaian.

Menariknya, Malaysia turut disenaraikan di dalam laporan tersebut sungguhpun pihak kerajaan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama masih lagi belum memberikan kata putus mengenai hala tuju pelaksanaan 5G negara.

Di dalam laporan Benchmarking The Global 5G Experience bagi Jun 2022, Opensignal menyatakan Malaysia kini berada di kedudukan kedua di seluruh dunia dari segi kelajuan memuat turun purata dan puncak iaitu masing-masing 382.2Mbps dan 880.3Mbps. Malah, Malaysia juga menduduki di tempat pertama dari segi kelajuan memuat naik pada 50.3Mbps.

Sekali imbas, Malaysia dilihat menunjukkan pencapaian yang membanggakan mengatasi kebanyakan negara-negara maju untuk kelajuan 5G. Walaubagaimanapun, perkara ini perlu dilihat secara keseluruhannya termasuk dari segi kebolehcapaian dan ketersediaan rangkaian generasi terkini ini kepada seluruh penduduk di Malaysia.

Buat masa ini, hanya beberapa kawasan di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor sahaja yang menerima liputan rangkaian 5G ini. Malah, syarikat yangTLĀ  menawarkannya pula hanya terdapat sebuah syarikat yang menawarkan rangkaian 5G di Malaysia iaitu YTL Communications melalui pelan-pelannya iaitu Yes FT5G, Infinite dan Infinite+.

Ini bermakna, rangkaian 5G di Malaysia masih lagi mempunyai liputan dan capaian yang terhad, menjadikan bilangan pengguna rangkaian 5G adalah terlalu rendah. Atas sebab itu juga, laporan 5G di Malaysia oleh Opensignal kelihatan mantap kerana setiap pengguna rangkaian 5G di Malaysia boleh menggunakan kapasiti bandwidth yang lebih besar di dalam keadaan bilangan pengguna yang sedikit.

Kemungkinan besar kadar kelajuan tinggi yang sedang dinikmati oleh pengguna 5G sekarang ini akan mengalami pengurangan apabila semakin ramai pengguna menerima akses liputan melalui penglibatan lebih banyak syarikat-syarikat telekomunikasi kelak.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut laporan ini menerusi laman web Opensignal.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.