Utama Android Honor HONOR Experience Store kini dibuka di Pavilion Elite KL

HONOR Experience Store kini dibuka di Pavilion Elite KL

27
0

HONOR Malaysia terus melebarkan sayapnya ke seluruh negara dengan melancarkan HONOR Experience Store di Pavilion Elite KL pada Ahad lalu. Sebelum pelancaran bermula, peminat sudah pun beratur panjang di luar kedai untuk melihat produk terbaharu HONOR Magic4 Pro. HONOR mensasarkan untuk menyediakan Experience Store yang berkualiti dan menyenangkan untuk peminat di seluruh negara sebelum meluaskan cawangannya ke bandar-bandar utama.

Pelancaran tersebut turut menampilkan penyanyi Pop terkenal Baby Shima yang mencuri tumpuan ramai sebagai menjadi pengurus kedai. Penyanyi kelahiran Johor berusia 29 tahun itu mengambil masa menikmati ciri-ciri kamera HONOR Magic4 Pro, selain turut beramah mesra sambil mengajak peminat mencuba peranti itu.

Teknologi Ultra Fusion Eksklusif untuk imej jelas

Baby Shima kelihatan seronok ketika mengambil swafoto dengan HONOR Magic4 Pro yang mempunyai sistem kamera terbaik dalam kelasnya, menjadikan gambar mudah diambil dan berkualiti. Menampilkan teknologi Fotografi Ultra Fusion, imej dihasilkan adalah sangat jelas sama ada dalam mod telefoto atau sudut lebar ultra. Kualiti imej adalah amat penting dan HONOR Magic4 Pro memenuhi kehendak tersebut.

HONOR Magic4 Pro – Telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai

Menilai pelbagai aspek untuk menjadikan sebuah telefon pintar flagship seperti yang diidamkan, HONOR mencipta HONOR Magic4 Pro untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi pengguna telefon pintar. Hanya 15 minit sahaja diperlukan untuk bateri mencapai 50% apabila menggunakan SuperCharge Tanpa Wayar 100W. Kini, anda tidak perlu lagi terburu-buru pada waktu pagi. Hanya caj peranti dan selepas selesai rutin pagi, anda sudah boleh bersedia untuk urusan seharian.

HONOR Magic4 Pro juga berasa bangga dengan cip keselamatannya tersendiri bagi melindungi ketirisan data biometrik pengguna oleh aplikasi pihak ketiga. Panggilan Peribadi AI juga amat penting untuk memastikan perbualan adalah peribadi dan mengurangkan ketirisan bunyi. Nah, ini yang dinamakan sebagai ruang peribadi!

Sejak perkenalannya, HONOR Magic4 Pro menjadi bualan ramai dan pra tempahan sudah habis terjual dalam saluran rasmi. Peminat akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207 dengan setiap pembelian termasuk HONOR Earbuds 3 Pro terbaharu yang dilengkapi ciri-ciri Pengawasan Suhu AI berserta lanjutan jaminan satu tahun bersama perlindungan skrin 6 bulan (sementara stok masih ada).

Anda dialu-alukan ke Jerayawara HONOR Magic4 Pro di Pavilion yang terletak di pintu masuk utama untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi DJI OM 4 SE serta beberapa hadiah istimewa dengan setiap pembelian bermula 22 hingga 26 Jun 2022. 

Untuk maklumat terkini HONOR Magic4 Pro boleh semak laman web https://bit.ly/Magic4ProPOPR atau setia bersama kami di Facebook HONOR Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.