Utama Mobile Aplikasi Netflix: Squid Game kandungan paling banyak ditonton, Capai 111 juta tontonan di...

Netflix: Squid Game kandungan paling banyak ditonton, Capai 111 juta tontonan di seluruh Dunia

69
0

Siri paling popular masa kini, Squid Game telah menjadi judul yang paling banyak ditonton sejak dilancarkan, menurut kenyataan dari Netflix.

Menerusi ciapan di Twitter, siri arahan Hwang Dong-Hyuk ini telah mencapai 111 juta tontonan dalam tempoh 17 hari dilancarkan.

Squid Game juga merupakan siri Netflix pertama yang melepasi paras 100 juta dalam tempoh 28 hari pertama ditayangkan. Netflix pada kebiasaannya mengukur prestasi sesebuah kandungan mengikut tempoh 28 hari pertamanya.

Sejak diperkenalkan di Netflix pada 17 September lalu, Squid Game telah mencapai kedudukan tempat pertama di 94 buah negara.

Rancangan ini juga memegang kedudukan nombor 1 paling laris selama 21 hari Amerika Syarikat, seterusnya memecahkan rekod bagi kandungan bukan berbahasa Inggeris. Sebelum ini Squid Game telah diumumkan sebagai kandungan Korea pertama berada di kedudukan nombor satu di Amerika Syarikat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.