Utama Apple Apple dilaporkan berdepan masalah kekurangan bekalan cip untuk iPhone 13

Apple dilaporkan berdepan masalah kekurangan bekalan cip untuk iPhone 13

671
0

Kekurangan bekalan cip turut dilaporkan memberi kesan terhadap pengeluaran iPhone 13. Menurut laporan dari Bloomberg, keadaan ini telah mengakibatkan Apple sukar mencapai sasaran pengeluarannya.

Apple pada asalnya merancang untuk mengeluarkan sejumlah 90 juta iPhone menjelang Disember 2021. Bagaimanapun, angka tersebut terpaksa dikurangkan sebanyak 10 juta berikutan masalah bekalan cip dari Broadcom dan Texas Instrument.

Sungguhpun cipset utama untuk iPhone 13 dan iPhone 13 Pro, A15 Bionic dihasilkan oleh TSMC, komponen-komponen lain di dalamnya datang dari pengeluar-pengeluar lain.

Texas Instruments dan Broadcom bertanggungjawab untuk komponen-komponen penting lain di dalam iPhone 13 seperti:

  • pengurusan kuasa paparan
  • tatasusunan berlaser untuk Face ID
  • ketersambungan USB
  • kuasa nirwayar
  • dan lain-lain

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook telah pun mengingatkan tentang keadaan ini menerusi sesi pembentangan pendapatan sukuan ketiga baru-baru ini. Beliau menjelaskan pihaknya sedang berusaha sebaik mungkin mengurangkan kesan dari masalah kekurangan bekalan ini.

Walaupun Apple pada akhirnya dijangka mampu mencapai sasaran pengeluarannya seperti yang telah ditetapkan, kekurangan bekalan ini mengakibatkan sesetengah pengguna terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan iPhone 13.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.