Utama Android Samsung Samsung buka Program Beta One UI 4 untuk pengguna Siri Galaxy S21

Samsung buka Program Beta One UI 4 untuk pengguna Siri Galaxy S21

47
0

Samsung telah mengumumkan pelancaran program Beta One UI 4 untuk pengguna Samsung Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G, dan
Galaxy S21 Ultra 5G.

Antaramuka baharu Samsung berkenaan berasaskan sistem operasi Android 12. Ia akan membawakan pelbagai pengubahsuaian baharu yang dipertingkatkan. Serta keupayaan privasi yang memberikan pengguna lebih kawalan dalam pelbagai aspek penggunaan peranti mudah alih masing-masing.

Menurut Dr. TM Roh, Presiden dan Pengerusi Bahagian Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics:

“One UI 4 helps users create their own, optimized mobile experience because Samsung recognizes that, everyone wants to meet their unique needs and preferences.

 “As we’ve done with every iteration of our One UI, we’ve listened to our users to understand the tools and innovations needed to create a better, more reliable, and enhanced overall user experience.” 

Pelancaran Beta One UI 4

Program Beta One UI 4 membenarkan pengguna untuk mencuba fungsi di naik taraf di dalam sistem operasi berkenaan lebih awal dari pelancaran rasminya.

Pengguna siri Samsung Galaxy S21 boleh mendaftar untuk program beta ini menerusi aplikasi Samsung Members pada peranti masing-masing.

One UI 4 membawakan pelbagai pilihan pengubahsuaian baharu melalui pemilihan tema, skrin utama, ikon, notifikasi, gambar latar dan sebagainya. Pembaharuan pada widget juga membenarkan pengguna untuk mengubahsuai dengan lebih terperinci. Turut disediakan penambahan pelbagai emoji-emoji baharu untuk merancakkan lagi komunikasi anda.

Pemerkasaan pilihan Privasi, perlindungan menyeluruh

One UI 4 juga membawakan privasi yang lebih dipertingkatkan dan fungsi perlindungan yang memudahkan pengguna memahami bagaimana data masing-masing dikongsikan. Ia juga membolehkan pengalaman kepenggunaan peranti lebih personalized.

Pilihan permintaan kebenaran Android 12 juga diperluaskan melalui One UI 4 dengan membenarkan pengguna melihat sejarah kebenaran sehingga 7 hari sebelum. Selain dari pemakluman petunjuk permintaan penggunaan kamera dan mikrofon dari aplikasi, anda juga boleh menyemak penggunaan data yang dibenarkan pada aplikasi berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy S21 5G, layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s21-5g/buy/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.