Home Mobile Aplikasi Cara muat turun MySejahtera; Kredit ePenjana RM50 diberikan kepada Penggunanya

Cara muat turun MySejahtera; Kredit ePenjana RM50 diberikan kepada Penggunanya

47
0

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan orang ramai perlu memuat turun aplikasi MySejahtera untuk layak menerima kredit e-dompet RM50. Pemberian yang akan bermula pada Julai ini merupakan sebahagian dari pelan pemulihan ekonomi jangka pendek Penjana.

Beliau turut menyatakan pelaksanaan ini dibuat bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memuat turun aplikasi ini. Bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19, pihak berkuasa telah memperkenalkan MySejahtera bagi memudahkan penjejakan kontak bagi mengesan sebarang penularan.

Aplikasi MySehatera membolehkan penjejakan kontak dibuat di premis-premis perniagaan menerusi penggunaan kod QR. Ianya dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menerusi inistatif ePenjana, rakyat Malaysia yang layak bakal menerima kredit e-dompet RM50 bermula Julai ini. Disamping itu, pengguna juga akan menerima RM50 dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun dari rakan-rakan e-dompet.

Selain dari perlu memuat turun aplikasi MySejahtera, syarat yang telah ditetapkan adalah rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan tahunan kurang dari RM100,000. Program ePenjana ini akan dilaksanakan bermula dari Julai hingga September 2020. Bagaimanapun, kredit ePenjana ini hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal atau di luar talian sahaja.

Cara memuat turun aplikasi MySejahtera

  1. Cari aplikasi MySejahtera di Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Pastikan aplikasi berkenaan diterbitkan oleh Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) sahaja.
  2. Sebaik aplikasi berkenaan dipasangkan, ketik pada “Daftar Di Sini” bagi pengguna baharu.
  3. Masukkan nombor telefon anda dan tekan “Daftar”. Jika anda memilih untuk mendaftar melalui emel, pilih “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar”.
  4. Tunggu OTP melalui SMS dari talian 63839 dan masukkan nombor OTP berkenaan bagi langkah seterusnya pendaftaran melalui nombor telefon. Atau klik pada pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel bagi pendaftaran melalui akaun emel pengguna.
  5. Lengkapkan maklumat peribadi sebagaimana yang diperlukan oleh aplikasi dan seterusnya ketik pada “Sahkan”.
  6. Mesej notifikasi “Pendaftaran Berjaya” akan dipaparkan dan tutupkannya untuk kembali semula ke halaman log masuk.
  7. Masukkan ID pengguna pilihan anda tadi, sama ada nombor telefon atau emel bersama-sama kata laluan untuk melog masuk.

Maklumat peribadi aplikasi MySejahtera

Aplikasi ini dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU. Kerajaan memberi jaminan bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Bantuan teknikal mengenai aplikasi ini boleh didapati menerusi pautan ini atau melalui fungsi ‘Bantuan Teknikal’ di dalam aplikasi MySejahtera.

Imej cover dari Bernama

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.