Bulan lepas Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan program pemberian kredit e-dompet kepada para belia menerusi e-Tunai Belia. Ia mensasarkan kepada pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi dan juga belia berusia 18 hingga 20 tahun.
Hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian e-Tunai kepada golongan berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun. Pemberian ini akan memanfaatkan sejumlah 10 juta penduduk di dalam kategori berpendapatan B40 dan M40.
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah meluncurkan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ iaitu kerangka ekonomi yang menggariskan dua fokus utama.#MalaysiaMADANI#EkonomiMADANI#MemperkasaRakyat pic.twitter.com/AkkI9Ssc45
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 27, 2023
New Straits Times melaporkan pengumuman tersebut dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Perincian mengenai kaedah pelaksanaan pemberian tersebut bagaimanapun masih lagi belum dinyatakan setakat ini.
Berdasarkan kaedah pemberian e-Tunai sebelum ini, kemungkinan besar penyedia-penyedia perkhidmatan e-dompet seperti Touch ‘n Go eWallet, GrabPay, ShopeePay dan BigPay mungkin akan turut serta.