Utama Mobile Aplikasi Bantuan Kredit e-Tunai RM100 untuk B40, M40 akan dilaksana pada Suku Keempat...

Bantuan Kredit e-Tunai RM100 untuk B40, M40 akan dilaksana pada Suku Keempat 2023

418
0
Bantuan Kredit e-Tunai 2023 RM100

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bantuan e-Tunai yang diumumkan pada minggu lepas akan mula dilaksanakan pada suku keempat 2023. Ini bermakna, kredit e-dompet berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun penerima sekitar bulan Oktober sehingga Disember tahun ini.

Penerima yang layak akan menerima kredit sebanyak RM100 di dalam akaun e-dompet pilihan masing-masing. Untuk layak menerima e-Tunai, anda perlu mempunyai pendapatan kurang dari RM100,000 setahun, bersamaan kira-kira kurang dari RM8,333 setiap bulan.

Bantuan ini dijangka dapat memberikan manfaat kepada lebih dari 10 juta warganegara berpendapatan B40 dan M40.

Setakat ini Kementerian Kewangan tidak menyatakan e-dompet yang akan turut serta di dalam inisiatif ini.

Menerusi pemberian ePemula pada tahun lepas, penerima boleh memilih antara BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go untuk menerima kredit. Untuk pemberian eBeliaRahmah pula platform yang terlibat termasuklah Boost, Setel, dan TnG.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.