Utama Google Chrome versi akan datang Kurang Penggunaan RAM dalam Windows 10

Chrome versi akan datang Kurang Penggunaan RAM dalam Windows 10

606
0

Google telah menghabiskan bertahun-tahun cuba mengurangkan ‘selera’ Chrome terhadap penggunaan RAM terutamanya bagi versi Windows. Masalah ini bagaimanapun bakal menemukan jalan penyelesaiannya tidak berapa lama lagi.

MSPowerUser melaporkan para jurutera Google telah mendedahkan Chrome keluaran akan datang menggunakan teknik dari Microsoft Edge dalam mengurangkan pengguna RAM dan seterusnya mempertingkatkan prestasinya.

Chrome akan mengubah ke kaedah pengurusan memori “Segment Heap” seperti yang digunakan oleh Microsoft. Kaedah ini didapati mampu mengurangkan penggunaan memori sehingga 27 peratus.

Peningkatan prestasi pada Chrome bagaimanapun bergantung pada sistem komputer berkenaan. Berdasarkan keputusan dari ujian yang dijalankan, penjimatan sekitar beberapa ratus MB dapat dicapai di dalam proses pelayar dan sistem. Menurut kumpulan jurutera yang terlibat, sistem-sistem teras merupakan antara yang paling banyak menerima manfaat dari penjimatan ini.

Fungsi penambahbaikan ini dijangka bakal tersedia selepas Google dapat menghasilkan Chrome menggunakan kit pembangunan Windows 10 yang betul. Perkembangan ini bagaimanapun tidak membawa kepada peningkatan prestasi yang mendadak. Namun, ianya dapat membantu bagi pengguna yang terhad dari segi spesifikasi perkakasan atau bagi pengguna yang gemar membuka berpuluh-puluh tab Google Chrome.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.