Microsoft telah mengumumkan Xbox Wireless Headset yang akan bakal dilancarkan pada bulan depan. Set kepala nirwayar ini direka khusus untuk digunakan bersama-sama Xbox Series X dan S. Namun, boleh juga digunakan dengan PC dan apa jua jenis peranti mudah alih lain.

Xbox Wireless Headset bersambungan dengan peranti melalui Bluetooth 4.2. Ia juga dibina dengan sokongan teknologi bunyi Windows Sonic, Dolby Atmos dan DTS Headphone:X.

Menurut Microsoft, set kepala ini mampu bertahan penggunaannya selama empat jam dengan 30 minit masa pengecasan. Untuk mengecaskan sepenuhnya, ia mengambil masa sehingga tiga jam. Agak lama mengambil kira keupayaan teknologi pengecasan semasa peranti lain.

Set kepala ini diperbuat dari magnet neodymium 40mm dan komposit kertas untuk diafragmanya. Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai fungsi untuk kemudahan berborak ketika bermain permainan berbilang pemain dalam talian.

Microsoft Xbox Wireless Headset bakal dilancarkan pada 16 Mac dengan harga bermula dari US$99.99 (~RM404). Tidak dapat dipastikan sama ada aksesori ini akan dibawa masa ke Malaysia, memandangkan konsolnya juga tidak memasuki ke pasaran tempatan secara rasmi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.