Touch ‘n Go eWallet kini boleh digunakan untuk membuat pembayaran di Google Play Store. Penambahan kaedah pembayaran baharu ini memudahkan pengguna di Malaysia membuat pembelian aplikasi dan kandungan digital.
Terdahulu, kaedah pembayaran melalui Touch ‘n Go telah disediakan di Apple AppStore. Penambahan mod bayaran terbaru ini memberikan pilihan selain menggunakan kad kredit atau kad debit untuk membuat bayaran kandungan digital.
Untuk pertama kali menggunakannya, pengguna perlu memautkan antara Google Play Store dengan Touch ‘n Go eWallet untuk tujuan pengesahan. Selepas proses tersebut selesai, pengguna akan melihat pilihan bayaran baharu yang memperlihatkan Touch ‘n Go eWallet.
Jadi, apa kata anda mengenai fungsi baharu yang disediakan oleh Google Play Store dan Touch ‘n Go eWallet ini?