Utama Sistem Operasi Windows Microsoft mula buang Flash dari Windows melalui kemaskini baharu KB4577586

Microsoft mula buang Flash dari Windows melalui kemaskini baharu KB4577586

572
0

Microsoft telah mula meluncurkan kemaskini KB4577586 pada minggu ini. Kemaskini ini akan membuang secara kekal perisian Adobe Flash Player dari Windows.

Kemaskini ini telah diumumkan secara rasminya pada penghujung Oktober tahun lalu. Microsoft dan penyedia-penyedia pelayar web lain telah membuat persiapan penamatan sokongan Flash yang dijadualkan pada hujung 2020.

Menurut dokumen sokongan yang diterbitkan pada ketika itu, kemaskini berkenaan pada asalnya ditetapkan sebagai pilihan. Pentadbir sistem yang mahu membuang Flash sebelum tarikh penamatan sokongan boleh melakukannya dengan memuat turun pakej KB4577586 di Katalog Kemaskini Microsoft.

Bagaimanapun, terdapat laporan yang mengatakan Microsoft telah memasang KB4577586 secara paksaan pada peranti dan membuang Flash dari Windows.

Mujur perkara ini tidak memberi kesan besar kepada pengguna terutamanya pengguna perusahaan. Ini kerana pada tahun lalu, Adobe telah memperkenalkan kod di dalam Flash Player yang menghalang aplikasinya dari memainkan kandungan selepas 12 Januari.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.