Home Komputer Microsoft sahkan Office 2022 akan ditawarkan dalam bentuk Lesen Kekal

Microsoft sahkan Office 2022 akan ditawarkan dalam bentuk Lesen Kekal

16
0

Microsoft telah mengesahkan rancangan untuk menerbitkan suit Microsoft Office terkini edisi lesen kekal (perpetual) bagi pengguna Windows dan Mac.

Penawaran ini dapat memberikan pilihan kepada pengguna yang tidak berminat untuk menggunakan perisian ini secara langganan seperti Microsoft Office 360.

Berdasarkan kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh pasukan Microsoft baru-baru ini, versi terbaru Office ini dijangka bakal dilancarkan sekitar pertengahan 2021. Maklumat tambahan berkaitan harga, nama rasmi produk dan tarikh memasuki pasaran akan diberikan kelak.

Buat masa ini, pengguna boleh memilih untuk menggunakan Google G Suite yang mengandungi Docs, Sheets dan Slides sebagai alternatif kepada suit Microsoft Office. Selain itu, terdapat juga suit Office versi percuma yang boleh dimuat turun. Bagaimanapun, versi ini hadir dengan beberapa had yang memerlukan lesen penuh perisian produktiviti ini untuk menikmati fungsi-fungsi yang ditawarkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.