Home Mobile Rapid KL, PayNet mula pasang Pembaca Kad Debit di Stesen LRT; Pengujian...

Rapid KL, PayNet mula pasang Pembaca Kad Debit di Stesen LRT; Pengujian akan dibuat tidak berapa lama lagi

17
0

Rapid KL dan PayNet sedang merancang untuk melaksanakan pengujian penggunaan kad debit sebagai kaedah pembayaran di stesen-stesen LRT tidak berapa lama lagi. Ini berdasarkan kehadiran pembaca-pembaca kad MyDebit di beberapa stesen LRT.

Kewujudan pembaca kad ini pertama kali telah dilaporkan oleh seorang pengguna Twitter @orangsalji83 yang telah menemukannya di stesen LRT Wangsa Maju semalam.

Dijangkakan, kaedah pembayaran ini turut akan menyokong dari bank-bank tempatan melalui kad MyDebit. Bagaimanapun, tempoh pelaksanaannya dan juga kaedahnya masih lagi belum dinyatakan secara rasmi dari pihak-pihak yang terlibat.

Kemudahan pembayaran melalui kad debit ini pastinya disambut baik dikalangan pengguna bagi memudahkan urusan seharian serta perjalanan yang lebih lancar.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.