Utama Komputer Microsoft Edge kini mempunyai Permainan Surfing di dalamnya

Microsoft Edge kini mempunyai Permainan Surfing di dalamnya

812
0

Anda mungkin pernah melihat atau memainkan permainan dinosaur melompat pada pelayar Google Chrome. Kini, Microsoft turut memperkenalkan ciri yang serupa melalui pelayarnya sendiri, Chromium Edge.

Permainan ini boleh didapati apabila pelayar Edge anda sedang offline atau dengan menaipkan ‘edge://surf’ pada kotak URL.

Microsoft menjelaskan permainan pelayar Edge ini diinspirasikan dari permainan klasiknya, SkiFree. Kepermainannya amat ringkas dengan kawalan mudah menerusi papan kekunci.

Pemain akan bermula dengan tiga ‘nyawa’ dan akan berkurangan jika pemain merempuh satu-satu halangan. Perangkat (boost) juga boleh dikutip sepanjang laluan bagi meningkatkan tahap kelajuan dalam tempoh yang singkat.

Permainan ini hadir dalam tiga mod permainan. Mod pertama, iaitu mod asas permainan ini adalah mod tanpa penghujung. Mod ini mensasarkan pemainnya meluncur sejauh yang boleh.

Seterusnya adalah mod ujian masa yang memerlukan pemain melepasi laluan berhalangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mod terakhir iaitu ‘zig zag’ yang memerlukan pemain melalui seberapa banyak gerbang di sepanjang laluan.

Permainan meluncur ini pertama kalinya muncul di pelayar Microsoft Edge baharu pada November tahun lepas.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.