Utama Laptop Lenovo Legion 5 15 dengan AMD Ryzen Siri 4000 kini di Malaysia;...

Lenovo Legion 5 15 dengan AMD Ryzen Siri 4000 kini di Malaysia; Harga dari RM 2,999

761
0

Tidak lama selepas pengumuman beberapa laptop ‘gaming’ Legion baharunya, Lenovo telah menyenaraikan Lenovo Legion 5 15 melalui laman web rasmi Lenovo Malaysia.

Menerusi laman web berkenaan, Legion 5 15 menawarkan pemprosesan AMD Ryzen 7 4800H. Buat masa ini, model yang yang ditawarkan terhad kepada pemprosesan grafik NVIDIA GeForce 1650 Ti sahaja. Namun, pada senarai spesifikasi umum di Lenovo Malaysia menyatakan Legion 5 15 mampu menyokong sehingga GeForce RTX 2060.

Lenovo Legion 5 15 hadir dengan paparan IPS bukan sesentuh 15.6-inci Full HD 120Hz. Pembeli yang berminat juga turut ditawarkan pilihan untuk dilengkapkan dengan RAM  DDR4-3200 sehingga 16GB dan pemacu keadaan pejal (SSD) M.2 PCIe NVMe sehingga 1TB.

Untuk harganya, model asas yang menawarkan pemprosesan AMD Ryzen 5 4600H, NVIDIA GTX GeForce 1650, RAM 8GB RAM, dan storan dalaman 128GB dijual pada harga RM3,749.

Bagaimanapun, untuk masa yang terhad, laptop ini dapat diperoleh pada harga yang lebih rendah sehingga RM2,999.20. Tawaran promosi ini boleh ditebus menerusi kod promo WEEKEND sewaktu pembayaran dibuat secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut mengenai laptop gaming Legion 5 15 ini, layari laman web rasmi Lenovo Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.