Utama Mobile Anda kini boleh mendaftar Unifi Air secara dalam Talian

Anda kini boleh mendaftar Unifi Air secara dalam Talian

1907
0

Unifi Air merupakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di rumah oleh TM. Perkhidmatan yang asalnya ditawarkan kepada pelanggan Streamyx terpilih telah dilancarkan di seluruh negara pada September tahun lalu.

Terdahulu, pelanggan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini dikehendaki mengunjungi cawangan TMPoint berhampiran untuk pendaftaran.

Bagaimanapun, kaedah pendaftaran ini telah berubah apabila para pelanggan kini boleh mendapatkan Unfi Air menerusi pendaftaran dalam talian di laman web rasminya.

Buat masa ini, Unifi Air boleh didapati dengan dua pilihan iaitu – pelan peranti + SIM dan pelan SIM sahaja. Untuk pelan peranti + SIM, pelanggan akan diberikan sebuah modem 4G LTE CPE Huawei B618-65. Peranti ini akan dihantar terus ke rumah pelanggan yang mendaftar secara dalam talian.

Untuk pelan SIM sahaja, pelanggan tidak akan terikat dengan sebarang kontrak. Kedua-dua pelan ini ditawarkan pada harga RM79 sebulan bersama-sama bayaran pendahuluan RM100 yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan pertama.

Oleh kerana perkhidmatan ini berasaskan tanpa wayar, anda perlu membuat semakan sama ada kediaman anda menerima liputan rangkaian 4G LTE Unifi terlebih dahulu.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Unifi

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.