Utama Mobile Aplikasi Masalah Halaman Imbas Kod QR MySejahtera tidak responsif boleh diatasi dengan memasangnya...

Masalah Halaman Imbas Kod QR MySejahtera tidak responsif boleh diatasi dengan memasangnya semula

1784
1

Halaman untuk mengimbas kod QR di dalam aplikasi MySejahtera didapati mengalami masalah tidak responsif pada sesetengah pengguna. Hal ini menyebabkan pengguna berdepan kesukaran apabia ingin mengimbas masuk ke dalam sesebuah premis.

Perkara ini turut disahkan oleh pihak MySejahtera dan telah meminta pengguna yang terbabit memasang semula aplikasi berkenaan. Anda yang terkesan dengan masalah ini boleh menyahpasang terlebih dahulu, dan memasangkannya semula melalui gedung aplikasi peranti masing-masing.

Cara untuk menyahpasang aplikasi ini boleh dilakukan dengan pergi ke gedung aplikasi (Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery) dan pergi laman pemasangan aplikasi MySejahtera. Seterusnya, selepas dinyahpasang, anda boleh memuat turun dan memasangkannya semula. Selain dari melalui gedung aplikasi, anda juga boleh menyahpasang secara manual di tetapan peranti.

Selepas pemasangan semula ini, pihak MySejahtera menjelaskan rekod imbasan daftar masuk anda akan hilang dari rekod di dalam peranti anda. Bagaimanapun, data-data tersebut masih lagi disimpan di pelayan-pelayan KKM, tambah MySejahtera lagi.

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.