MySejahtera baru-baru ini telah membuka tempahan janji temu untuk dos penggalak kedua COVID-19 untuk individu yang layak. Pautan tempahan janji temu tersebut disediakan menerusi kemaskini terbaru aplikasi berkenaan.
Individu yang berusia 50 tahun dan ke atas amat digalakkan untuk mengambil dos kedua tersebut bagi mendapatkan perlindungan tambahan dari wabak pandemik kini mula menunjukkan tanda-tanda untuk kembali mengganas.
Menerusi kemaskini terbaru ini, satu pautana pautan menempah janji temu telah disediakan di dalam laman status vaksinasi. Anda yang layak boleh membuat permohonan untuk datang mengambil suntikan dos penggalak kedua. Buat masa ini, hanya dos Pfizer sahaja yang ditawarkan kepada individu yang memohon menerusi aplikasi MySejahtera.
Pautan tempahan janji temu dos penggalak kedua COVID-19 telah dibuka kepada mereka yang layak.
Ikuti langkah ini untuk menggunakan pautan tersebut (1/2) pic.twitter.com/OHQEU394jV
— MySejahtera (@my_sejahtera) July 23, 2022