Utama Mobile Aplikasi MySejahtera kini sediakan ciri Tempahan Temujanji di Klinik Kesihatan

MySejahtera kini sediakan ciri Tempahan Temujanji di Klinik Kesihatan

379
0
MySejahtera Tempahan Klinik Kesihatan

Kementerian Kesihatan telah mengumumkan penambahan ciri temujanji di dalam aplikasi MySejahtera. Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, kemaskini baharu berkenaan merupakan salah satu usaha mengatasi masalah kesesakan dan waktu menunggu yang terlalu lama di fasiliti kesihatan kerajaan.

Antara perkhidmatan yang boleh ditempah menerusi MySejahtera termasuklah:

  • rawatan pesakit luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • pemeriksaan kesihatan untuk tujuan temuduga pekerjaan dan pelajaran
  • saringan kesihatan PeKa B40
  • ujian saringan pra-perkahwinan

Turut disediakan sesi konsultasi klinik berhenti merokok, perancangan keluarga dan juga prosedur perubatan kecil seperti pembedahan kecil dan membersih luka.

Sistem temujanji ini telah mula digunapakai di 673 Klinik Kesihatan secara berfasa. Rancangan untuk memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan juga akan dimasukkan pada masa akan datang.

Bertujuan membantu klinik-klinik menguruskan jadual berdasarkan kapasiti fasiliti bagi mengelakkan jumlah yang terlalu ramai, pengguna kini sudah boleh membuat tempahan pada tahun hadapan sejak dari semalam.

Pengguna hanya dibenarkan untuk membuat satu temujanji sahaja dalam satu-satu masa dan boleh membatalkannya pada bila-bila masa atau mengubahkan ke tarikh baharu. MySejahtera juga mempunyai ciri yang dikenali sebagai Automated Reminder yang akan menghantar notifikasi kepada pengguna untuk mengingatkan temujanji.

Sebelum ini, temujanji perkhidmatan kesihatan boleh dibuat menerusi Qmed Asia. Semakan terkini yang dibuat oleh kami mendapati tempahan menerusi laman tersebut akan mengeluarkan satu ‘pop-up’ yang memaklumkan pengguna untuk membuat tempahan melalui MySejahtera.

Aplikasi MySejahtera pada asalnya bermula sebagai aplikasi pemantauan penularan wabak pandemik COVID-19. Perkembangan semasa yang membawa Malaysia ke arah fasa endemik turut menyaksikan aplikasi ini turut berubah berdasarkan keperluan semasa.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.