WarnerMedia awal minggu ini telah mendedahkan rancangannya untuk melancarkan HBO Max ke rantau Asia Negara termasuk Malaysia. Maklumat ini disahkan menerusi pengumuman pelantikan Amit Malhotra sebagai Pengarah Urusan bagi rantau ini dan juga India.

Amit sebelum ini menjawat sebagai Ketua Serantau Disney+ di Asia Tenggara dan melalui pelantikan jawatan baharu ini, beliau turut bertanggungjawab membawakan HBO Max ke Asia Tenggara.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai tarikh spesifik pelancaran platform berkenaan di Malaysia dinyatakan melalui pengumuman tersebut. Perkhidmatan HBO Max ini dijangka akan dilancarkan ke 61 buah pasaran menjelang penghujung 2021 dan seterusnya akan menggantikan perkhidmatan HBO GO.

HBO Max tidak sekadar menyediakan kandungan dari HBO sahaja. Ianya turut menyediakan kandungan daripada Cinemax, New Line, DC Entertainment, Warner Bros, The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.