Utama Mobile Aplikasi K-KOMM beri amaran mengenai pautan Permohonan Online PerantiSiswa palsu

K-KOMM beri amaran mengenai pautan Permohonan Online PerantiSiswa palsu

567
0
PerantiSiswa

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menafikan telah membuka permohonan program PerantiSiswa secara dalam talian. Penjelasan ini hadir tidak berapa lama selepas pautan permohonan berkenaan tular di media sosial.

Pautan berkenaan akan membawa pengguna ke laman web  “Sistem Guru Online.” Ia merupakan sebuah laman web yang mengkhususkan pada perkongsian sumber maklumat berkenaan pendidikan untuk guru dan ibu bapa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan di Twitter bahawa Sistem Guru Online adalah laman web bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan. Dalam pada masa yang sama, Ketua Setiausaha Kementerian Mohammad Mentek turut mengeluarkan kenyataan yang sama.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk merujuk ke sumber rasmi terlebih dahulu berhubung maklumat yang diterima di media sosial.

Tambah beliau lagi, PerantiSiswa masih sedang dibangunkan dan hanya akan mula beroperasi pada 15 April 2022. Bulan lepas, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan program ini akan memanfaatkan 400,000 pelajar dari kumpulan isi rumah B40 di seluruh negara melalui pemberian tablet percuma bagi tujuan pendidikan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.