Utama Tablet Samsung Tablet PerantiSiswa mempunyai Sistem Penjejakan, Boleh dimatikan Secara Jarak Jauh jika didapati...

Tablet PerantiSiswa mempunyai Sistem Penjejakan, Boleh dimatikan Secara Jarak Jauh jika didapati Dijual Semula

390
0
Aksesori PerantiSiswa Samsung Galaxy Tab A8

Baru-baru telah dilaporkan terdapat segelintir pelajar yang menjual semula tablet PerantiSiswa selepas menerimanya secara percuma menerusi program tersebut. Tablet yang ditawarkan menerusi program ini merupakan jenis Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang menggunakan cipset Unisoc Tiger T618 dengan skrin LCD WUXGA TFT 10.5-inci.

Rentetan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyatakan tablet berkenaan telah dipasang dengan sistem penjejakan dan membolehkan pihak kerajaan mengesan mana-mana pihak yang menjualkannya.

Menteri berkenaan turut menyebut sistem penjejakan itu juga membolehkan pihaknya mengenalpasti sama ada penerima menggunakan tablet tersebut dengan memeriksa lokasinya. Beliau menambah pihak kerajaan memandang serius tentang perkara ini dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menjual semula peranti tersebut.Isu PerantiSiswa Galaxy Tab A8 Dijual

Pelajar yang melakukan perkara tersebut akan menyebabkan namanya akan disenaraikan di dalam portal PerantiSiswa dan pihak universiti atau institusi berkaitan akan dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

Setakat ini terdapat 14 kes yang melibatkan penerima telah cuba menjual tablet berkenaan dengan sebahagian daripadanya telah pun disekat. Tan Sri Annuar Musa juga menyatakan hampir 300,000 permohonan telah pun diluluskan untuk penerimaan tablet PerantiSiswa setakat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.