Selepas menggunakan sensor kamera beresolusi yang lebih tinggi 48MP dengan zum 5x, iPhone 15 Pro Max telah berjaya melepasi ranking tiga teratas kamera telefon pintar DXOMARK. Telefon pintar keluaran Apple ini juga berada tempat teratas untuk rakaman video telefon pintar walaupun tiada sokongan rakaman video 8K dan berada di tangga kedua keseluruhan di belakang Huawei P60 Pro.
Kali ini iPhone 15 Pro Max mendapat markah yang lebih baik dalam fotografi, makro, zum, video disamping mengekalkan markah tertinggi dalam Bokeh untuk fotografi potret seperti yang diperoleh melalui iPhone 14 Pro Max tahun lepas.
Pun begitu, masih lagi terdapat kesan hingar dalam keadaan kurang pencahayaan dan keupayaan zum yang ditawarkan pula sungguhpun lebih baik namun tidak sebaik seperti sesetengah pengeluar lain di pasaran.
Isi Kandungan
Harga siri iPhone 15 Pro di Malaysia
Anda yang berminat boleh mendapatkan siri iPhone 15 Pro ini melalui kedai dalam talian rasmi Apple dan juga wakil pengedar yang sah seperti Machines, ITWorld, Switch, TMT dan SenQ.
Harga iPhone 15 Pro
- Apple iPhone 15 Pro 128GB – RM5,499
- Apple iPhone 15 Pro 256GB – RM5,999
- Apple iPhone 15 Pro 512GB – RM6,999
- Apple iPhone 15 Pro 1TB – RM7,999
Harga iPhone 15 Pro Max
- Apple iPhone 15 Pro Max 256GB – RM6,499
- Apple iPhone 15 Pro Max 512GB – RM7,499
- Apple iPhone 15 Pro Max 1TB – RM8,499
Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan juga menawarkan pemilikan iPhone 15 bersama-sama pakej talian masing-masing mengikut pilihan pelanggan. Buat masa ini, syarikat-syarikat yang menawarkan pelan telco untuk iPhone 15 termasuklah:
YTL Communications juga menawarkan iPhone 15 dan iPhone 15 Pro menerusi kontrak pakej pelan Yes 5G tidak lama lagi. Ia akan ditawarkan pada harga bermula dari RM21 sebulan untuk iPhone 15 dan RM51 untuk iPhone 15 Pro.