Utama Apple iPhone 15 Pro dijangka akan mempunyai Bingkai Nipis, Kerangka Titanium

iPhone 15 Pro dijangka akan mempunyai Bingkai Nipis, Kerangka Titanium

302
0
iPhone 15 Pro Render
Sumber: 9to5Mac

Siri iPhone 15 dijangka akan diumumkan lebih kurang sebulan lagi dan model Pro kini semakin kerap tertiris maklumatnya di arena web. Antara perubahan yang dijangka akan dibawakan termasuklah suis bisu ditukarkan kepada butang tindakan (action button) selain terdapat kemungkinan akan menggunakan butang kapasitatif menggantikan butang fizikal.

Bagaimanapun, dikatakan terdapat banyak pembaharuan yang akan dibawakan termasuk bingkai yang lebih nipis dan juga kerangka titanium, menurut Mark Gurman dari Bloomberg.

iPhone 15 Pro dan Pro Max akan dihasilkan menggunakan teknologi tekanan bersuntikan rendah atas acuan (low-injection pressure over-molding, LIPO). Ia pertama kali digunakan dalam pembuatan Apple Watch Series 7 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Teknologi tersebut dijangka boleh mengurangkan saiz bingkai pada model Pro dari 2.2 mm ke 1.5 mm. Ia juga dijangka akan diperkenalkan pada iPad, namun tidak diketahui bilakah ia akan dilaksanakan.

iPhone 15 Pro Render Douyin
Sumber: chenwen1987 / Douyin.

Dalam perkembangan yang sama, Mark Gurman turut menyatakan model iPhone 15 Pro kelak akan menggunakan kerangka titanium menggantikan keluli tahan karat yang digunakan sekarang.

Bahan ini juga lebih kuat dan ringan, tapi oleh kerana ia lebih mahal, harga iPhone yang menggunakan bahan tersebut juga dijangka akan menjadi mahal. Tidak mustahil keempat-empat model iPhone 15 berkenaan akan meningkat di pasaran luar Amerika Syarikat jika mengikut situasi ekonomi global semasa.

Lain-lain perubahan yang sering berlegar di dalam desas-desus Internet termasuklah penggunaan port USB-C, dan sokongan Wi-Fi 6 untuk model Pro.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.