Utama Apple Apple Watch Series 7 akan datang ke pasaran Malaysia; Harga dari RM1,749

Apple Watch Series 7 akan datang ke pasaran Malaysia; Harga dari RM1,749

44
0

Apple Watch Series 7 telah disenaraikan menerusi laman web rasmi Apple Malaysia. Jam tangan pintar ini pertama kali diperkenalkan sekitar September lalu.

Walaupun menampilkan rekaan yang lebih nipis, Apple Watch Series 7 menyediakan paparan skrin yang lebih besar sedikit berbanding model yang terdahulu.

Antara yang menarik ditawarkan pada jam tangan pintar Apple baharu ini ialah sokongan ECG dan aplikasi memeriksa kadar oksigen di dalam darah. Selain memperkenalkan pelbagai rekaan muka jam baharu, Apple Watch Series 7 ini juga menyediakan papan kekunci pada skrinnya.

Jam tangan pintar Apple yang baharu ini boleh dicaskan secara pantas melalui pengecas magnetik USB-C. Bateri yang digunapakai olehnya juga dikatakan mampu bertahan bagi penggunaan sehari suntuk.

Berdasarkan senarai di dalam laman web rasmi Apple Malaysia, harga Apple Watch Series 7 adalah seperti berikut:

  • Apple Watch Series 7 41mm – RM1,749
  • Apple Watch Series 7 45mm – RM1,899
  • Apple Watch Series 7 41mm, sambungan selular – RM2,199
  • Apple Watch Series 7 45mm, sambungan selular – RM2,349

Tarikh kemasukannya secara rasmi ke pasaran tempatan bagaimanapun masih lagi belum diumumkan.

Maklumat lanjut mengenai Apple Watch Series 7 boleh didapati menerusi laman rasmi Apple Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.