Utama Mobile Aplikasi Lebuhraya MEX mula sokong bayar Tol guna Kad Debit dan Kredit

Lebuhraya MEX mula sokong bayar Tol guna Kad Debit dan Kredit

301
0

Lebuhraya Maju Expressway (MEX) akan menjadi lebuh raya pertama di Malaysia yang menyokong pembayaran tol menggunakan kad kredit dan debit bermula dari hari ini, 3 Ogos 2023. Kemudahan ini dapat dilaksanakan menerusi Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) yang telah pun dibangunkan sejak dari tahun lepas.

Memandangkan sistem ini masih lagi sedang menjalani pengujian, tidak semua plaza tol Lebuhraya MEX yang menyokong pembayaran menggunakan kad debit dan kredit. Buat permulaan, ia hanya disediakan di enam laluan di Plaza Tol Putrajaya pada masa ini.

Tarikh pelaksanaan sepenuhnya masih lagi belum diumumkan. Setakat ini Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kesemua 25 laluan tol Touch ‘n Go di Lebuhraya MEX akan menyokong pembayaran melalui kad debit dan kredit. Selain Putrajaya, lebuhraya sepanjang 26km ini juga mempunyai plaza tol di Seri Kembangan dan Salak Selatan.

Menurut Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) hanya dibuka untuk kenderaan Kelas 1 terlebih dahulu. Pelaksanaan sistem pembayaran ini sepenuhnya dijangka dibuat pada penghujung September ini di lebuhraya-lebuhraya lain.

Lain-lain lebuhraya yang akan menyokong Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) menggunakan kad debit dan kredit, termasuklah:

  • Besraya
  • DUKE
  • NPE
  • AKLEH
  • GCE
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya PLUS Butterworth-Kulim
  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  • SPRINT
  • KESAS
  • SMART

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.