Utama Apple Resident Evil Village kini boleh dimuat turun di iPhone 15 Pro dan...

Resident Evil Village kini boleh dimuat turun di iPhone 15 Pro dan iPad M1, M2

264
0

Capcom telah menerbitkan Resident Evil Village untuk iPhone 15 Pro dan iPad yang menggunakan pemprosesan M1 dan ke atas.

Permainan berkenaan boleh dimuat turun di App Store dengan saiz sebesar 7.92GB. Anda boleh mencubanya secara percuma terlebih dahulu.

Jika ingin mendapatkan versi penuh, permainan tersebut ditawarkan pada harga promosi $15.99 (~RM75.99). Diskaun 60% ini ditawarkan sehingga 20 November 2023.

Harga untuk versi asas permainan ini ditetapkan pada $39.99 (~RM189.99) dengan pembelian di dalam aplikasi untuk DLC Winters berharga $19.99 (~RM94.99). Terdapat juga DLC All Access Voucher yang berharga $4.99 (~RM22.99). Menurut laporan dari TouchArcade, kesemua pek DLC ini sama seperti versi untuk PC dan konsol.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.