Utama Apple iPhone 15 dikatakan akan hadir dengan ciri Dynamic Island, Port USB-C

iPhone 15 dikatakan akan hadir dengan ciri Dynamic Island, Port USB-C

351
0
Apple iPhone 15 Dynamic Island

Imej pengolokan CAD siri Apple iPhone 15 didakwa telah tertiris dan kini turut dikongsikan melalui 9to5Mac oleh pentiris maklumat Max Weinbach. Menerusi imej berkenaan, model yang didakwa sebagai iPhone standard dan Pro keluaran tahun ini diperlihatkan.

Paling menonjol adalah ciri Dynamic Island terdapat pada semua model-model iPhone 15 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini. Ruang tersebut juga dikatakan akan digunakan untuk menempatkan kamera hadapan bersama-sama teknologi Face ID.

Jika imej tertiris ini tepat, Apple berkemungkinan tidak lagi meneruskan rekaan paparan bertakuk yang sinonim dengan iPhone sejak mula diperkenalkan melalui iPhone X pada 2017.

USB-C pada iPhone 15?

Perubahan drastik ini tidak hanya melibatkan pada paparannya. Malah iPhone keluaran pada tahun ini juga dijangka akan hadir dengan port USB-C bagi menggantikan port Lightning yang biasa digunakan selama ini.

Imej pengolokan berkenaan juga menunjukkan dua varian iPhone tersebut mempunyai saiz yang lebih kurang sama dengan model standard kelihatan sedikit meninggi. Menurut Weinbach, kedua-dua model tersebut menampilkan skrin paparan 6.2-inci, sedikit besar berbanding model terdahulu.

Pun begitu, saiz untuk versi Max atau mini pastinya berbeza dengan saiz skrin yang dinyatakan tersebut. Biasanya, saiz skrin untuk mini akan lebih kecil berbanding dari standard dan begitu juga Max yang biasanya mempunyai skrin yang lebih besar.

Pada bahagian belakangnya pula, Apple dilihat akan hadir dengan tetapan dwi-kamera yang sama untuk standard dengan model Pro kekal dengan tri-kamera.

Beza untuk kali ini pada bahagian bonggol yang menempatkan kamera-kamera tersebut dibentuk dalam acuan yang sama dengan bahagian permukaan belakangnya dan bukan bahagian kaca berasingan. Sama seperti model terdahulu, bahagian kamera Pro membonjol lebih ke depan berbanding model standard.

Menariknya, model-model iPhone 15 kali ini dilihat masih mengekalkan butang-butang fizikal. Ia bertentangan dengan ramalan awal oleh penganalisis teknologi Jeff Pu yang mengatakan Apple akan menggunakan butang haptik untuk model iPhone keluaran tahun ini.

Walaubagaiamanpun, segala maklumat yang tertiris dan ramalan pakar-pakar mengenai iPhone 15 ini masih lagi terlalu awal untuk dibuktikan kesahihannya. Sama ada betul atau tidak bergantung kepada pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh Apple kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.