Utama Apple Apple maklumkan isu iPhone 15 Pro cepat panas berpunca dari masalah Perisian,...

Apple maklumkan isu iPhone 15 Pro cepat panas berpunca dari masalah Perisian, Sediakan pembaikan melalui Kemaskini iOS 17

103
0
iPhone-15-Pro

Apple merancang untuk menerbitkan kemaskini iOS 17 bagi membaiki isu ralat yang menyebabkan masalah iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max menjadi terlampau cepat panas. Sesetengah kemaskini terkini untuk aplikasi pihak ketiga juga telah mengakibatkan sistem terlebih beban hingga menyebab isu kepanasan tersebut belaku, menurut laporan yang diterbitkan oleh Forbes.

Laporan berkenaan juga menyatakan beberapa aplikasi yang menyebabkan isu tersebut belaku termasuklah Instagram, Uber, dan aplikasi permainan perlumbaan Asphalt 9: Legends.

Apple kini sedang bekerjasama dengan pembangun aplikasi-aplikasi berkenaan bagi mengenalpasti punca masalah tersebut. Pihak Instagram telah pun memberikan maklumbalas dan akan memperkenalkan pembaikan di dalam kemaskini untuk aplikasi tersebut yang dirancang akan diterbitkan pada hari Rabu ini.

Panas untuk sementara

Tambah Apple lagi, siri iPhone 15 Pro ini mungkin akan beroperasi dalam keadaan sedikit panas dalam tempoh beberapa hari selepas ia baharu digunakan. Hal ini berlaku kerana terdapat peningkatan aktiviti pada latarnya dalam tempoh awal penggunaan sahaja dan bukan sepanjang masa. Ia merupakan perkara biasa untuk iPhone baharu digunakan atau baharu direset kerana ia sedang cuba menyesuaikan dengan cara pemakaian penggunanya.

We have identified a few conditions which can cause iPhone to run warmer than expected. The device may feel warmer during the first few days after setting up or restoring the device because of increased background activity. We have also found a bug in iOS 17 that is impacting some users and will be addressed in a software update. Another issue involves some recent updates to third-party apps that are causing them to overload the system. We’re working with these app developers on fixes that are in the process of rolling out.

Masalah tersebut dijangka boleh dibaiki menerusi kemaskini iOS 17.1 yang buat masa ini di dalam peringkat beta dan dijangka akan diterbitkan pada penghujung Oktober ini. Terdapat juga kemungkinan Apple akan menawarkan pembaikan lebih awal melalui kemaskini kecil perisian melalui iOS 17.0.3.

Menurut laporan berkenaan lagi, Apple tidak akan mengurangkan prestasi cip A17 Pro untuk mengurangkan masalah berkaitan terlampau cepat panas tersebut. Apple juga menyatakan isu ini tidak melibatkan risiko keselamatan dan tidak akan memberikan kesan terhadap prestasi jangka panjang iPhone yang terlibat.

Lain-lain masalah yang didakwa sebagai punca seperti kerangka titanium dan substruktur aluminium iPhone 15 Pro bagaimanapun ditolak oleh Apple kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan.

Tidak semua pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max berdepan dengan masalah terlampau cepat panas. Setakat ini tidak diketahui berapa ramai jumlah pengguna yang terkesan dari masalah tersebut dan dijangkakan ia dapat diselesaikan tidak lama lagi menerusi kemaskini yang akan datang.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.