Utama Android Honor HONOR X8b akan dilancarkan di pasaran Malaysia 22 Disember ini, Hadir dengan...

HONOR X8b akan dilancarkan di pasaran Malaysia 22 Disember ini, Hadir dengan Storan 512GB

143
0

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2023 – Susulan sambutan baik HONOR X9b 5G di Malaysia, HONOR bakal melancarkan dua telefon pintar baharu dalam Siri X iaitu HONOR X8b dan HONOR X7b pada 22 Disember 2023.

Siri X sememangnya terkenal sebagai peranti berkualiti dan harga mesra poket dalam kalangan pengguna Malaysia. Kedua-dua peranti ini merupakan naik taraf daripada model HONOR X8a dan HONOR X7a terdahulu yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

HONOR X8b – Storan Besar 512GB dan Kamera Swafoto Potret Spotlight 50MP

HONOR X8b didatangi dengan storan besar 16(8+8) GB + 512GB dan membolehkan menyimpan sebanyak 124,000 gambar. Storan luas tersebut setanding storan komputer riba, pengguna boleh mengakses fail di hujung jari. Pengguna boleh menyimpan gambar dan fail penting serta muat turun aplikasi permainan kegemaran tanpa bimbang storan tidak mencukupi. 

Beralih kepada kamera, HONOR X8b dilengkapi kamera hadapan Potret Spotlight 50MP dengan lampu sorot hadapan serta ciri Auto Switch Field of View (FOV). Oleh itu, HONOR X8b peranti terbaik untuk mengambil swafoto menawan di keadaan pencahayaan berbeza sambil merakam lebih banyak elemen dalam satu bingkai.

Kamera Utama Ultra Jelas 108MP bersama sensor ISOCELL HM6 canggih menghasilkan gambar jelas dan terang di keadaan cahaya rendah. Kamera tersebut termasuk mod Potret 2X dengan jarak fokus bersamaan 48mm bagi membolehkan pengguna menangkap gambar potret yang lebih terperinci dan terang.

Mengenai rekaan pula, HONOR X8b mempunyai badan yang sangat nipis iaitu hanya 6.78mm, manakala beratnya cuma 166g. Rekaan tersebut memudahkan pengguna memasukkan peranti ini ke dalam saku, beg kepit dan beg tangan. Menampilkan trend Retro, HONOR X8b ditawarkan dalam warna hijau Glamorous Green dan perak Titanium Silver.

HONOR X7b – Bateri Kapasiti Besar 6000mAh dan Ultra Tahan Lama dengan Storan Luas

Sementara itu, HONOR X7b dimuatkan Bateri Ultra Tahan Lama 6000mAh, sesuai bagi pengguna yang banyak menghabiskan masa bersama telefon pintar. Dengan sekali caj penuh sudah mencukupi untuk melayari media sosial, strim video dan bermain permainan mudah alih sepanjang hari.

Selain bateri yang bertahan lama, HONOR X7b turut didatangi dengan storan besar 16(8+8) GB + 256GB. Pengguna pasti berpuas hati dapat menyimpan lagu dan video HD dalam jumlah yang besar. 

Untuk rekaan, HONOR X7b menampilkan Kuad Lengkung Backplane 3D, ketebalan 8.24mm dan berat hanya 199g membuatkan peranti ini selesa untuk digenggam. Rekaan tersebut memberi pengalaman visual yang menawan dengan kandungan dipanjangkan hingga ke sudut paparan.

HONOR X7b didapati dalam dua warna menarik iaitu perak Flowing Silver dan hijau Emerald Green. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X8b dan HONOR X7b, layari https://bit.ly/HONORX9bPR.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.