Utama Teknologi GovTech Grab beri respon terhadap surat terbuka AIC berkenaan Saranan Tangguh Rancangan Lesen...

Grab beri respon terhadap surat terbuka AIC berkenaan Saranan Tangguh Rancangan Lesen Media Sosial di Malaysia

212
0

Beberapa minggu lalu kerajaan Malaysia telah mengumumkan semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan permesejan internet diwajibkan memohon lesen bermula 1 Ogos 2024.

Sebuah badan industri Asia Internet Coalition (AIC) yang dianggotai oleh Google, Meta, Grab, Apple, X, Amazon dan banyak lagi telah menerbitkan surat terbuka berhubung perkembangan ini. Di dalam surat tersebut, organisasi tersebut menyarankan agar keperluan pelesenan tersebut ditangguhkan atas sebab masih tidak begitu terperinci.

Surat terbuka yang diterbitkan pada laman web rasmi AIC tersebut bagaimanapun telah pun diturunkan baru-baru ini.

Selain dari isu perincian, AIC juga menyatakan kaedah pelesenan tersebut “tidak sesuai” di dalam industri. Katanya, lesen tersebut mampu mengganggu ekonomi digital Malaysia dan menghalang pelaburan asing. Turut dinyatakan, perbincangan awam secara formal berkenaan rancangan tersebut juga belum diadakan.

Grab tidak terlibat dengan surat terbuka AIC

Dalam pada masa yang sama, Grab juga memberikan respon terhadap surat terbuka AIC awal hari ini yang memberitahu pihaknya tidak dimaklumkan dan membincangkan mengenai perkara surat terbuka tersebut. Kenyataan rasminya yang dikeluarkannya menyebut:

Grab was not informed nor consulted on the recent open letter to the Malaysian Prime Minister, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, that was made by the Asia Internet Coalition (AIC) with regard to the proposed regulatory framework specific to social media and instant messaging platforms. The proposed regulation does not impact our operations and therefore we had no part in it. We did not and are not commenting on the matter.

We remain committed to collaborating with the government, reflecting our mission to contribute to the nation’s development.”

Langkah memperkenalkan lesen perkhidmatan media sosial dan permesejan segera oleh pihak kerajaan ini bertujuan mengekang aktiviti jenayah siber seperti penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Undang-undang baharu tersebut akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2025 dan mana-mana platform yang terus beroperasi tanpa lesen selepas tarikh tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.