Utama Mobile Aplikasi Google Meet Percuma hanya benarkan penggunaan maksimum 1 jam sahaja bermula 28...

Google Meet Percuma hanya benarkan penggunaan maksimum 1 jam sahaja bermula 28 Jun ini

5435
0

Perkhidmatan persidangan video dalam talian, Google Meet akan mengehadkan semula waktu penggunaan mesyuarat dalam talian kepada 60 minit (1 jam) sahaja bagi penggunaan versi percumanya bermula 28 Jun 2021.

Selain itu, jumlah peserta bagi setiap mesyuarat dalam talian Google Meet percuma ini juga akan dihadkan kepada 100 orang sahaja selepas tarikh tersebut.

Pengguna yang berhasrat melanjutkan tempoh waktu mesyuarat dalam talian melalui Google Meet lebih dari 1 jam perlu melanggan pelan berbayar perkhidmatan ini.

Sebelum ini Google pernah melanjutkan tempoh penggunaan perkhdimatannya ini secara percuma dua kali sebelum ini iaitu pada September 2020 dan 31 Mac 2021. Untuk kali ini, tidak dapat dipastikan sama ada Google akan memberikan sekali lagi penawaran percuma tersebut.

Bagaimanapun, Google Meet percuma masih lagi membenarkan penggunaan panggilan tanpa had masa bagi panggilan secara berdua.

Kebanyakan pengguna pada masa ini pastinya mengharapkan Google akan sekali lagi melanjutkan pemberian percuma mesyuarat dalam talian tanpa had. Hal ini disebabkan keadaan penularan wabak pandemik yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penurunan buat masa ini memerlukan mesyuarat dalam talian diadakan dengan lebih kerap.

Google Meet untuk guru, dan murid Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua akaun pendidikan di bawah program pembelajaran dalam talian, KPM DELIMa (MOE-DL) tidak terlibat di dalam isu had penggunaan Google Meet percuma. Ini kerana akaun MOE-DL adalah akaun Google Workspace berbayar dan bukannya akaun percuma.

Oleh itu, pengguna akaun di dalam program Kementerian Pendidikan Malaysia ini boleh menggunakan perkhidmatan Google Meet sepenuhnya seperti biasa.

Had tempoh penggunaan yang bermula 28 Jun ini hanya melibatkan pengguna-pengguna pelan percuma Google Meet berkenaan sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.