Utama Mobile Telco Seluruh Rangkaian 3G Malaysia akan ditamatkan hujung 2021; Syarikat Telco mula keluarkan...

Seluruh Rangkaian 3G Malaysia akan ditamatkan hujung 2021; Syarikat Telco mula keluarkan notis kepada Pengguna

1234
0

Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan telah mula mengeluarkan notis peringatan kepada penggunanya mengenai penamatan rangkaian 3G di seluruh Malaysia.

Penamatan rangkaian 3G ini dilaksanakan bagi membolehkan spektrum-spektrum rangkaian diagihkan ke rangkaian lain seperti 4G dan 5G. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mensasarkan penutupan 3G dapat dilakukan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Pengguna juga diingatkan untuk mengaktifkan sokongan VoLTE (Voice-over-LTE) bagi membolehkan kualiti audio panggilan suara dipertingkatkan. Pengaktifan ini diperlukan bagi memastikan kualiti panggilan tidak merosot ke rangkaian 2G selepas ketiadaan rangkaian 3G kelak.

Buat masa ini syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedang melaksanakan proses penutupan pencawang-pencawang 3G di seluruh negara. Penutupan ini akan memberi ruang kepada kerja-kerja menaik taraf peralatan telekomunikasi rangkaian 4G dan 5G.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.