Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Galaxy AI kini tersedia untuk peranti Samsung Galaxy lama

Galaxy AI kini tersedia untuk peranti Samsung Galaxy lama

48
0
Galaxy-AI-for-Samsung-2023 Phone lama

Samsung telah meluncurkan kemaskini One UI 6.1 dalam minggu ini yang turut membawakan Galaxy AI ke dalam peranti mercu keluaran tahun lepas. Berdasarkan perincian kemaskininya, kebanyakan ciri-ciri Galaxy AI yang terdapat pada Galaxy S24 turut tersedia di dalam peranti-peranti yang layak tersebut.

Antara yang layak menerima kemaskini tersebut termasuklah:

Pun begitu, terdapat beberapa ciri Galaxy AI tersebut tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada peranti boleh lipat seperti Galaxy Z Flip 5. Ciri seperti Chat Assist dan Google Circle to Search tidak boleh digunakan pada skrin luarannya. Untuk peranti boleh lipat lain, Galaxy Z Fold 5 pula bagaimanapun boleh menggunakan ciri-ciri Galaxy AI berkenaan tanpa sebarang masalah.Galaxy AI Chat Assist

Galaxy AI menawarkan fungsi yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan melalui ciri-ciri seperti:

  • Circle to Search
  • Chat Assist
  • Interpreter
  • Live Translate
  • Note Assist
  • Transcript Assist
  • Browsing Assist
  • Generative Edit
  • Edit Suggestion
  • Instant Slow-Mo
  • Generative Wallpaper

Kemaskini One UI 6.1 bersaiz 3GB dan tersedia untuk dimuat turun oleh peranti-peranti yang dinyatakan tadi. Anda juga boleh membuat semakan ketersediaan kemaskini berkenaan menerusi tetapan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.