Utama Mobile Android Ciri seakan Dynamic Island iPhone 14 Pro kini boleh didapati di Telefon...

Ciri seakan Dynamic Island iPhone 14 Pro kini boleh didapati di Telefon Android melalui aplikasi DynamicSpot

535
0
dynamicspot Dynamic Island on Android

Apple seperti biasa telah memulakan satu lagi trend baharu dengan kali ini melalui ciri Dynamic Island. Ia diperkenalkan dengan tujuan memanfaatkan ruang takuk kamera hadapan iPhone 14 Pro dengan memaparkan notifikasi, memeriksa mesej, membuka aplikasi tertentu, memainkan muzik dan sebagainya.

Sebagaimana sesebuah trend itu menjadi ikutan, ciri tersebut kini muncul pada telefon-telefon Android. Lagipun, paparan bertakuk ini mula diperkenalkan pada telefon pintar Android lebih awal berbanding peranti keluaran Apple.

Beberapa pembangun aplikasi bebas telah pun mula menguji ciri seakan Dynamic Island dalam tempoh seminggu selepas siri iPhone 14 dilancarkan. Pembangun UI seperti Grumpy UI untuk platform Android Xiaomi juga pernah dilaporkan sedang menguji ciri berkenaan.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang menyediakan fungsi seakan Dynamic Island pada telefon Android iaitu dynamicSpot. Ia dibangunkan oleh pembangun bebas dan anggota komuniti XDA, Jawamo.

Ciri yang ditawarkan oleh aplikasi berkenaan mirip dengan Dynamic Island, lengkap dengan keupayaan “menyorokkan” bahagian takuk dengan mengubah bentuknya kepada bar berwarna hitam.

Pembangun aplikasi ini juga menambah halaman tetapan yang membenarkan anda mengalihkan kedudukan bar tersebut ke lokasi yang bersesuaian memandangkan kedudukan takuk pada peranti adalah tidak sama antara satu sama lain.

dynamicSpot pada ketiga ini masih lagi di peringkat awal pembangunan dan beberapa ciri dijangka tidak dapat berfungsi dengan betul. Sungguhpun aplikasi ini percuma, beberapa fungsinya perlu dibayar sebelum boleh menggunakannya. Anda perlu membayar RM19 untuk menggunakan kesemua ciri-ciri “Pro” yang ditawarkannya.

Untuk anda yang berminat untuk mencuba aplikasi dynamicSpot ini, muat turunnya di Google Play Store. Memandangkan aplikasi ini masih lagi diperingkat awal, diharapkan kemaskini bagi memabiki ralat dan fungsinya akan diperkenalkan dalam masa yang tersekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.