Utama Mobile Aplikasi Kenaikan Harga Disney+ Hotstar tidak beri kesan pada Pakej Astro; Harga Langganan...

Kenaikan Harga Disney+ Hotstar tidak beri kesan pada Pakej Astro; Harga Langganan masih Kekal

33
0

Disney+ Hotstar baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan harga mendadak bagi pelan langganannya bermula 24 April ini. Pada kebiasaannya kenaikan harga seperti ini turut memberikan kesan terhadap pelanggan yang melanggan perkhidmatan penstriman berkenaan dengan cara alternatif.

Bagaimanapun, pelanggan yang melanggan melalui pakej langganan Astro boleh menarik nafas lega kerana kenaikan ini tidak memberi kesan terhadap harga langganan pakej sedia ada.

Astro telah mengemaskini halaman soalan-soalan lazim khususnya dengan menyatakan tiada sebarang perubahan pada harga pakej langganan Astro dengan Disney+ Hotstar bermula pada 24 April nanti.

Pelanggan yang mempunyai pakej Disney+ Hotstar akan dipindahkan kepada pelan Premium baharu yang menawarkan sokongan ke 3 penstriman secara serentak, log masuk sehingga ke 10 buah peranti dan output video sehingga 4K. Buat masa ini, berikut harga bagi pek-pek Astro yang mengandungi Disney+ Hotstar:

  • Movies Pack: RM94.99/bulan
  • Movies Plus Pack: RM129.99/bulan
  • Premium Pack 1: RM129.99/bulan
  • Premium Pack 3: RM154.99/bulan
  • Premium Pack 4: RM124.99/bulan
  • Platinum Lite Pack: RM164.99/bulan
  • Platinum Pack: RM194.99/bulan

Pihak Astro juga telah mengesahkan kepada pihak Harian Teknologi bahawa kenaikan harga ini tidak memberi kesan terhadap harga langganan Disney+ Hotstar secara tunggal melalui Astro.

Justeru, anda boleh mendaftar ke perkhidmatan penstriman berkenaan melalui Astro pada harga RM54.90 untuk 3 bulan berbanding RM79.90 selepas 24 April nanti. Cuma, anda tidak boleh mendapatkan pelan Basic atau menukarkan kepada pelan tersebut kepada bulanan atau tahunan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.