Utama Mobile Aplikasi Harga Disney+ Hotstar di Malaysia naik April ini, Pelan 3 Bulan akan...

Harga Disney+ Hotstar di Malaysia naik April ini, Pelan 3 Bulan akan berharga RM79.90

52
0

Disney+ Hotstar Malaysia telah membuat pelarasan harga bagi pelan langganannya. Bermula bulan hadapan, pengguna akan ditawarkan dengan dua pilihan langganan berbanding satu pelan langganan 3-bulan yang disediakan sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2021.

Harga baharu langganan Disney+ Hotstar Malaysia bermula 24 April ini adalah seperti berikut:

  • Pelan Asas Bulanan Disney+ Hotstar: RM24.90
  • Pelan Asas Tahunan Disney+ Hotstar: RM214.90
  • Pelan Premium Bulanan Disney+ Hotstar: RM39.90
  • Pelan Premium Sukuan Disney+ Hotstar: RM79.90
  • Pelan Premium Tahunan Disney+ Hotstar: RM289.90

Sebagai perbandingan, pelan sukuan Disney+ Hotstar Malaysia pada ketika berharga RM54.90 atau lebih kurang RM18.30 sebulan. Mengambil kira harga bulanan pelan Premium baharu yang berharga RM39.90, terdapat perbezaan RM21.60 atau kenaikan sebanyak 118% dari harga asalnya.The Falcon and Winter Soldier Disney+

Malah, pelan Asas baharu RM24.90 juga dilihat lebih mahal harganya sebanyak 36% lebih tinggi berbanding harga pelan sedia ada jika dibahagikan kepada tiga bulan.

Bagi pelanggan sedia ada, anda akan dipindahkan ke pelan sukuan Premium baharu bermula 24 April ini. Dari sudut pandang nilai harga, pelan ini juga memperlihatkan terdapat peningkatan harga sebanyak 47%. Jika anda berhasrat untuk mendapatkan lebih nilai penjimatan, anda boleh memilih pelan langganan Premium tahunan yang 30% lebih murah jika dibandingkan dengan langganan pelan Premium secara bulanan.

Beza Pelan Basic dan Premium Disney+ Hotstar Malaysia

Selain dari harganya, beberapa ciri yang ditawarkan turut membezakan antara kedua-dua jenis pelan langganan Disney+ Hotstar ini. Antaranya bilangan peranti yang melakukan penstriman secara serentak, jumlah peranti maksimum yang boleh log masuk, dan kualiti video.

Setakat ini Disney+ Hotstar Malaysia masih belum menyatakan sama ada perubahn struktur harga ini akan memberikan kesan terhadap pelanggan yang melanggan menerusi Astro dan Unifi TV.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.