Pengguna pelayar web memilih Chrome atas sebab pelayar ini ringkas dan juga pantas, cuma masalahnya pelayar ini memakan sejumlah RAM yang agak besar jika dibandingkan dengan pelayar-pelayar lain.
Bagaimanapun, hal ini mula berubah melalui kehadiran Chrome 45 yang menjadikan pelayar ini lebih proaktif dalam menguruskan sumber di dalam sistem komputer anda.
Pembersihan memori yang tidak digunakan melalui pembersihan sarap terhadap tab-tab yang terbiar dan ianya sangat bermanfaat untuk aplikasi-aplikasi web yang kompleks.
Google mendakwa secara purata, teknik ini mampu menjimatkan penggunaan memori sehingga 10 peratus dari kebiasaan. Namun, bagi aplikasi web yang kompleks seperti Gmail, penjimatan penggunaan memori mampu ditingkatkan sehingga 25 peratus.
Ciri penggantungan Flash diperkenalkan untuk menghentikan kandungan Flash di dalam laman web dan ia kini menjadi piawai untuk Chrome. Google turut memaklumkan bahawa langkah ini mampu memberikan penjimatan penggunaan bateri peranti sehingga 15 peratus lebih lama jika ia sedang menggunakan pelayar ini.
Tab-tab tertentu yang kerap dibuka akan dijadikan ianya lebih pantas dimuatkan berbanding tab-tab lain secara automatik. Ryan Schoen menukilkan di dalam blognya bahawa tab-tab pelayar Chrome baharu ini akan disusun atur keutaman penggunaan memorinya dari paling kerap dibuka kepada yang jarang-jarang.
Selain itu, Chrome kini akan memantau sumber-sumber yang boleh digunakannya. Jika sumber pada komputer anda tidak mencukupi untuk keperluan Chrome, sebarang aktiviti latar pada tab-tab akan dihentikan buat sementara waktu dan akan dihidupkan semula sebaik sahaja anda kembali menggunakan tab-tab tertentu.
Khabar ini tentunya bakal disambut dengan baik oleh para pengguna pelayar ini memandangkan penggunaan memori yang besar ini mendatangkan masalah bagi pengguna yang memiliki spesifikasi peranti yang rendah.
Sumber berita diperoleh dari Chrome Blogspot
saya tak tahu chrome berapa yang saya guna di laptop atau phone. tapi selagi ianya tak timbul masaalah… biarlah.
kekadang yang versi baru tak reti nak guna… malas nak kelebek…
lebih mudah nak gunakan komputer hari ni, teknlogi semasa semakin pantas berkembang.
chrome memang laju. sangat berbeza dengan yang lain.