Utama Teknologi NEC jalin usahasama bina sistem kabel SKR1M

NEC jalin usahasama bina sistem kabel SKR1M

1507
1

NEC Corporation telah menandatangani kontrak dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan TT dotCom Sdn Bhd (TTdC) untuk membina Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M), sebuah sistem kabel optik bawah laut yang menghubungkan Cherating, Kota Kinabalu, Miri, Bintulu, Kuching dan Mersing.

Perjanjian 20 tahun di antara anak syarikat TIME, TT dotCom Sdn Bhd dan TM bakal melihat usahasama kedua-dua belah pihak dalam melaksanakan kerja-kerja pemasangan kabel tersebut. Kedua-dua syarikat juga berjanji untuk mengendali dan menyelenggara rangkaian SKR1M sepanjang tempoh hayat penggunaannya serta bersedia untuk menanggung kos baik pulih terhadap sebarang kerosakan yang berlaku terhadap rangkaian sistem berkenaan.

“Kami melihat kerjasama ini sebagai langkah positif dalam membawakan hala tuju ke arah meningkatkan penggunaan para pelanggan kami apabila mereka mengakses kandungan digital jalur lebar tingg, penstriman video berdefinisi tinggi mahupun menggunakan aplikasi masa nyata pada peranti pengguna (We view this collaboration as a positive move in paving the way to enabling enhanced customer experience when they access high-bandwidth digital content, high definition video streaming or run real-time applications via their devices),” ujar Naib Presiden Eksekutif Global & Wholesale TM, Mohamad Rozaimy Abd. Rahman.

SKR1M bakal mengimplementasikan teknologi panjang gelombang 100 Gbps dengan kapasiti permulaan 4 Terabit per saat dan mampu dinaiktaraf kepada sekurang-kurangnya 12.8 Tbps. Pada jarak ukuran anggaran sekitar 3,700 kilometer panjang, sistem kabel ini dijangka siap pada pertengahan tahun 2017. Melalui kewujudan sistem kabel ini, sambungan rangkaian di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dapat dipertingkatkan.

Buat masa ini, TM masih lagi mengurus dan menyelenggara kabel di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Namun, kabel Malaysian Domestic Submarine Cable System (MDSCS) yang mula digunakan sejak tahun 1995 ini sudah tidak mampu menampung keperluan pengguna masa kini dengan kapasitinya yang hanya 400 Gbps.

“NEC berasa berbesar hati kerana dipilih oleh TM dan TTdC sebagai pembekal untuk sistem kabel bawah laut SKR1M. Sejak dari tahun 1980, NEC telah menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dengan membekalkan sistem kabel sepaksi (coaxial cable) bawah laut yang pertama di Malaysia. Bermula dari situ, NEC terus menerus memberikan sumbangan terhadap sistem kabel bawah laut sepanjang 35 tahun. Hari ini kami berbangga kerana terpilih untuk SKR1M yang merupakan sebahagian daripada sumbangan kami terhadap rantua ini (NEC is honored to be selected by TM and TTdC as the supplier of the SKR1M submarine cable system. Dating back to 1980, NEC supplied Malaysia with its first domestic coaxial submarine cable system. Since then, NEC has continuously supplied its latest submarine cable systems for 35 years. Today, we pride ourselves on adding the SKR1M to our long list of contributions to the region),” ujar Naoki Yoshida, Pengurus Besar, Bahagian Rangkaia Bawah Laut, NEC Corporation.

Sumber berita dan imej cover diperoleh dari NikkeiBP

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.