Awal minggu lepas, Intel secara rasminya mengumumkan pemprosesan generasi keenam, Skylake melalui satu sidang media atas talian. Pengumuman ini dibuat seminggu selepas Forum Pembangun Intel 2015 (Intel Developer Forum 2015).
Pemprosesan Intel Skylake merupakan CPU pertama yang ditujukan untuk kegunaan desktop dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Sebelum ini, kali terakhir Intel telah menghasilkan Devil’s Canyon (Haswell Refresh) sebagai pemprosesan utama ke pasaran umum.
Sebagaimana yang dijangkakan, pemprosesan generasi keenam ini, Skylake tampil dengan ciri-ciri terkini termasuk sokongan terhadap teknologi semasa seperti sokongan untuk memain semula video berformat H.265 (UHD).
Dibina berasaskan proses 14nm FinFET baru, Skylake merupakan pemprosesan Intel yang paling cekap penggunaan tenaganya di pasaran ketika ini. Selain dari itu, pemprosesan ini juga direka dan dioptimumkan khusus untuk sistem operasi Microsoft Windows 10.
Dari sudut grafik bersepadu, pemprosesan Intel dilengkapi dengan grafik siri 500 HD dan boleh diperoleh dalam kedua-dua model, Iris dan Iris Pro.
Sidang video berkenaan turut mendedahkan pemprosesan Skylake dan Xeon baru untuk segmen mudah alih kegunaan pengguna biasa. Selain dari S-Series (rangkuman pemprosesan untuk desktop), Intel turut memaklumkan untuk melancarkan pemprosesan lain bersama Skylake Series, H-Series, U-Series dan Y-Series.
Bagi pemprosesan H-Series, ia merupakan pemprosesan generasi yang seterusnya untuk pemprosesan Intel vPro yang merupakan pemprosesan yang dibina khusus untuk kegunaan laptop seperti Dell Inspiron dan Lenovo ThinkPad.. Manakala U-Series pula merupakan generasi terkini bagi pemprosesan peranti mudah alih Intel yang ada di pasaran ketika ini.
Paling mencuri tumpuan dalam siri-siri pemprosesan in adalah pemprosesan dari Y-Series yang direka khusus untuk kegunaan peranti 2-dalam-1, tablet dan Compute Stick. Pemprosesan ini pernah julung kalinya diuar-uarkan ketika pelancaran pemprosesan Intel Core M tahun lalu.
Walaubagaimanapun, Intel sehingga kini masih tidak menyatakan tentang bila dan siapa rakan kongsi yang bakal menjadi pengeluar pertama yang mengimplementasikan pemprosesan Skylake ini.
-Sumber info diperoleh dari BBC, Imej cover diperoleh dari WCCF Tech
Wowwie… teknologi sistem perkomputeran terus berkembang dgn pesat, fast track betul…
wow..intel generasi keenam! teknologi sangat pantas berkembang.