Utama Apple Kapasiti Bateri iPhone 15 didedahkan 2.2% lebih besar berbanding iPhone 14

Kapasiti Bateri iPhone 15 didedahkan 2.2% lebih besar berbanding iPhone 14

233
0
Siri iPhone 15

Apple tidak mengiklankan kapasiti bateri untuk siri iPhone 15 baharunya. Namun, MySmartPrice telah mendapatkan maklumat tersebut menerusi pangkalan data badan pematuhan piawaian China.

Di dalam senarai tersebut didedahkan iPhone 15 mempunyai bateri dengan kapasiti yang ditarafkan pada 3,349mAh dengan kadaran watt 12.981Wj. Manakala iPhone 15 Pro pula berkapasiti 3,274mAh dan kadaran watt 12.70Wj.

Berikut adalah senarai kapasiti bateri siri iPhone 15:

  • Phone 15: 3,349mAh
  • iPhone 15 Plus: 4,383mAh
  • iPhone 15 Pro: 3,274mAh
  • iPhone 15 Pro Max: 4,422mAh

Sebagai perbandingan, siri iPhone 14 keluaran 2022 mempunyai kapasiti bateri seperti berikut:

  • iPhone 14: 3,279 mAh
  • iPhone 14 Plus: 4,325 mAh
  • iPhone 14 Pro: 3,200 mAh
  • iPhone 14 Pro Max: 4,323 mAh

Pangkalan data yang sama juga dengan tepat telah mendedahkan kapasiti bateri untuk keempat-empat model iPhone 14 lebih awal dari tarikh pelancaran iPhone berkenaan.

Sungguhpun dilihat mempunyai peningkatan kapasiti bateri, Apple tidak mengetengahkan peningkatan dalam jangka tempoh penggunaan bateri untuk model iPhone 15. Ini mungkin disebabkan peningkatan antara model tahun ini dengan yang tahun lepas tidak begitu ketara.

Pun begitu, penggunaan cip Apple A17 Pro dijangkakan mampu membawakan pada peningkatan kecekapan penggunaan baterinya. Menurut Apple, jangka hayat bateri untuk model iPhone 15 adalah seperti berikut:

  • iPhone 15: 20 jam
  • iPhone 15 Plus: 26 jam
  • iPhone 15 Pro: 23 jam
  • iPhone 15 Pro Max: 29 jam

Ia kelihatan sama seperti iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro Max, dan iPhone 14 Pro Max. Pastinya, terdapat kemungkinan peningkatan kecekapan akan membawa kepada sedikit peningkatan prestasi di dunia nyata untuk model-model iPhone terkini.

Kesemua model iPhone 15 telah diumumkan oleh Apple pada minggu lepas dan dijangka akan menemui pengguna pada 22 September.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.