Utama Mobile Telco KKD: Sarawak terima peruntukan tertinggi RM4.46 billion di bawah JENDELA

KKD: Sarawak terima peruntukan tertinggi RM4.46 billion di bawah JENDELA

233
0
JENDELA Malaysia

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyatakan Sarawak menerima peruntukan terbesar RM4.46 billion di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi tujuan meningkatkan ketersambungan dan perkhidmatan internet.

Menurut Bernama, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyatakan projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Sejumlah RM2.93 billion dari pihak kerajaan dengan baki selebihnya RM1.53 billion disediakan secara komersil oleh penyedia perkhidmatan.

Pelaksanaan JENDELA akan dilakukan dalam dua fasa dengan sasaran meningkatkan liputan ketersambungan dan kualiti perkhidmatan internet demi manfaat rakyat, perniagaan dan pemegang taruh. Di bawah Fasa 1 di Sarawak, 864 menara telekomunikasi telah dirancang.

Setakat suku kedua 2023, sebanyak 213 menara telah pun mula beroperasi dengan 651 buah menara lagi dijadualkan akan beroperasi secara berperingkat sehingga suku ketiga 2024.

Fahmi Fadzil juga menambah kerajaan Sarawak akan memulakan pembinaan dan menaiktaraf menara-menara JENDELA bagi membolehkan 3,689 buah dari 3,735 buah stesen pemancar sedia ada dinaik taraf dengan baki selebihnya akan dilaksanakan pada suku keempat 2023.

Menteri berkenaan juga menjelaskan impak positif pelaksanaan JENDELA di Sarawak. Pada suku kedua 2023, liputan 4G telah mencapai 87.52 peratus kawasan berpendudukan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.