Utama Android vivo vivo Y17s dilancarkan dengan Cip Helio G85, Kamera 50MP, Bateri 5,000mAh

vivo Y17s dilancarkan dengan Cip Helio G85, Kamera 50MP, Bateri 5,000mAh

43
0
VIvo-Y17s Launched

vivo baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar mampu milik terkininya di Singapura, vivo Y17s. Menampilkan spesifkasi menarik bersesuaian dengan harganya, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan MediaTek Helio G85.

Untuk memorinya, ia mempunyai RAM 6GB bersama-sama storan dalaman 128GB. Ia juga mempunyai bateri berkapsiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 15W melalui port USB-C.

Skrinnya pula merupakan sejenis LCD IPS berukuran 6.56-inci dengan resolusi HD+ dan kadar penyegaran semula setaraf iPhone 15, 60Hz. Turut disediakan sebuah kamera hadapan 8MP pada bahagian takuk di sebelah atas paparan hadapannya.VIvo-Y17s Specs

Di sebelah belakangnya pula disediakan kamera utama 50MP bergandingan kamera berkedalaman 2MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah penarafan IP54, bicu audio 3.5mm , Bluetooth 5.0, Funtouch OS 13 (Android 13) dengan pilihan warna Glitter Purple dan Forest Green.

Harga Vivo Y17s

VIvo-Y17s Launched ColorsDi Singapura, vivo Y17s berharga S$199 (~RM684) dan ia dijangka akan menemui pelanggan di negara-negara Asia lain termasuk Malaysia tidak berapa lama lagi.

SUMBERvivo Singapura
Artikel sebelum iniWarna-warna pilihan Samsung Galaxy S23 FE pula dilaporkan Tertiris
Artikel seterusnyaKapasiti Bateri iPhone 15 didedahkan 2.2% lebih besar berbanding iPhone 14
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.