Utama Apple Apple berdepan Saman RM8.49 billion di UK kerana isu Bateri iPhone 6

Apple berdepan Saman RM8.49 billion di UK kerana isu Bateri iPhone 6

144
0
iPhone 6 Battery

Apple berkemungkinan berdepan dengan satu lagi tindakan saman berhubung dakwaan dengan sengaja menyekat iPhone 6 dan 6s yang sering dirujuk sebagai ‘batterygate’.

Saman yang berjumlah £1.6 billion (~RM8.49 billion) oleh Justin Gutman yang mewakili pengguna di UK ini akan dibawa ke mahkamah atas dakwaan Apple dengan sengaja menyekat iPhone 6 dan 6s.

Peguam yang mewakili Justin Gutmann, menyebut Apple cuba menutup isu berkaitan bateri pada iPhone model lama dengan mengurangkan prestasinya.

Apple cuba menghalang saman tersebut dengan membawakannya ke sebuah tribunal di London. Peguam dari Apple mendakwa tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan hanya sebahagian kecil bateri iPhone lama yang bermasalah. Pengguna yang terkesan telah pun ditawarkan penggantian bateri secara percuma oleh Apple.

Peguam yang mewakili Justin Gutmann pula mengatakan bayaran ganti rugi yang dibuat oleh Apple di Amerika Syarikat pada tahun 2020 merupakan bukti Apple benar-benar menyekat iPhone model lama.

SUMBERReuters
Artikel sebelum ini11 Telefon POCO akan terima kemaskini MIUI 14 menjelang Jun ini
Artikel seterusnyaPereka GWM Buka Rahsia Di Sebalik “Estetika Kehidupan ORA EGG”
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.