Utama Mobile Android 11 Telefon POCO akan terima kemaskini MIUI 14 menjelang Jun ini

11 Telefon POCO akan terima kemaskini MIUI 14 menjelang Jun ini

741
0
MIUI 14 Rolling Plan 2023

POCO baru-baru ini telah mengumumkan senarai telefon pintar POCO yang akan menerima kemaskini MIUI 14 menjelang suku kedua tahun ini. Kemaskini ini dijangka akan mula ditawarkan kepada para pengguna sekitar April hingga Jun 2023.

Sejumlah 10 buah model telefon pintar POCO yang akan menerima kemaskini ini. Bagaimanapun, pihak syarikat tidak menyatakan secara spesifik bilakah model-model berkenaan akan menerimanya.

Terdapat kemungkinan model-model seperti POCO F4 GT, F4 dan F3 akan menjadi antara yang terawal menerima kemaskini tersebut. Ini berdasarkan model tersebut menggunakan antaramuka berasaskan Android 12.MIUI 14

MIUI 14 pertama kali telah diumumkan di China pada Disember 2022. Xiaomi telah mengusahakan penambahbaikan dari segi kecekapan, kesematan dan privasi untuk edisi baharu berkenaan.

Tumpuan turut diberikan terhadap kecekapan penggunaan sumber perkakasan peranti terutamanya RAM dan juga storannya. Xiaomi juga menggembleng usaha mengurangkan kebergantungan proses secara awanan bagi menambah baik privasi peranti dan keselamatan sistemnya.

Berikut adalah senarai telefon pintar POCO yang dijangka akan menerima kemaskini MIUI 14 dalam masa yang terdekat ini:

  1. Poco F4 GT
  2. Poco F4
  3. Poco F3
  4. Poco X3 Pro
  5. Poco M5
  6. Poco M4 5G
  7. Poco X4 GT
  8. Poco X3 GT
  9. Poco F2 Pro
  10. Poco M3 (varian dengan sokongan NFC)

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.