Utama Mobile iOS Apple iOS 14 dilancarkan secara rasminya

Apple iOS 14 dilancarkan secara rasminya

796
0

Tidak lama selepas memperkenalkan tablet terbaru keluarannya, Apple turut memperkenalkan kemaskini iOS 14 kepada penggunanya awal pagi tadi.

Sistem operasi generasi terkini khusus untuk peranti iPhone dan iPad ini hadir dengan ciri-ciri terbaru. Antara yang dimaksudkan adalah aplikasi utama untuk pelayar web dan emel, App Clicks, antaramuka Siri yang lebih kompak, ciri-ciri privasi yang dikemaskini, dan sebagainya.

Melalui saiz kemaskini lebih kurang 2GB, iOS 14 boleh dimuat turun oleh peranti-peranti berikut:

  • iPhone 11
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6S
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE
  • iPhone SE 2020
  • iPod Touch

Pengenalan kemaskini ini mensasarkan perubahan drastik daripada aspek prestasi aplikasi termasuk pengenalan kepada beberapa aplikasi baharu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.