Utama Mobile Aplikasi Apple berhasrat gabungkan Aplikasi-Aplikasi iPhone, iPad dan MacOS menjelang 2021

Apple berhasrat gabungkan Aplikasi-Aplikasi iPhone, iPad dan MacOS menjelang 2021

816
0

Apple dilaporkan sedang mendapatkan cara bagaimana untuk menggabung dan menyatukan aplikasi-aplikasinya dari iPhone, iPad dan MacOS menjelang tahun 2021.

Inisiatif terbaru ini merupakan sebahagian dari rancangan Apple ini bertujuan membaik pulih dan mempermudahkan pengurusan aplikasi-aplikasinya bagi menggalakkan pembangunan aplikasi dari kalangan para pembangun.

Menggunakan nama kod “Marzipan”, rancangan inisiatif ini telah pun didedahkan sewaktu acara WWDC yang berlangsung pada tahun lepas. Bermula dari situ, Apple telah pun memulakan proses “porting” aplikasi-aplikasi seperti Home, Stocks, News dan Voice Memo ke MacOS 10.14 Mojave.

Secara keseluruhannya, langkah ini amat serupa dengan apa yang cuba dilakukan oleh Windows melalui aplikasi-aplikasi Universal Windows Platform. Malangnya, segala yang dirancang oleh Microsoft tidak membuah kejayaan.

Sungguhpun sesetengah aplikasi Universal Windows Platform masih lagi wujud dan boleh digunakan, Microsoft kini meminta para pembangun-pembangun untuk membawakan aplikasi masing-masing ke Microsoft Store. Tidak lagi mengikut rancangan awal yang mewujudkan aplikasi tunggal yang boleh digunakan pada seluruh platform-platform Microsoft seperti Xbox One, HoloLens, dan PC.

Berbalik kepada Apple, setakat ini pihak Apple tidak menyatakan bagaimanakah caranya untuk menggabungkan aplikasi-aplikasinya dalam tempoh dua tahun ini. Dijangkakan Apple bakal memperincikan lebih lanjut rancangan ini di dalam acara WWDC yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan Jun 2019 ini.

Sumber berita diperoleh dari Bloomberg

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.