Utama Teknologi Apa yang aku boleh dapat dari bakat Melukis?

Apa yang aku boleh dapat dari bakat Melukis?

2429
6

Besar nanti dah besar nak jadi apa?

”Kartunis,” jawab aku dengan senyuman yang penuh harapan.

”Boleh ke cari makan kerja dengan kerja kartunis ni?” satu lagi soalan ditanya oleh Pakcik Razak, kawan satu unit ayah aku.

”Kartunis Ujang tu ok je saya tengok,”

”Itu Ujang. Kartunis lain macam mana pulak?”

”Errr..” aku tak tahu nak cakap macam mana sambil mengaru-garu kepala aku yang tidak gatal. Lalu, Pakcik Razak tersenyum dan memberikan pendapat beliau.

”Cari lah cita-cita lain yang lagi bagus. Macam kerja arkitek ke, engineer ke, doktor ke, lawyer ke. Dapatlah tolong ayah kamu balik bila dah besor nanti. Tak kesian tengok ayah kamu keghoje gaji prebet sampai ke pencen.”

Aku hanya diam dan kembali menconteng kertas A4 terpakai yang diberikan oleh ayah untuk menghilangkan kebosanan sementara menunggu kerja ayah di pejabat siap. Waktu tu, hari Sabtu adalah hari bekerja setengah hari. Kadang-kadang, aku akan ikut teman ayah ke kem pada hari Sabtu. Duduk rumah pun bukannya ada aktiviti apa. Saje seronok nak keluar jalan-jalan dengan ayah.

Pada tahun 1996, ketika usia 11 tahun, pendedahan aku terhadap bidang seni lukis hanya terhad melalui Majalah Ujang dan Gila-Gila. Melalui strok lukisan kartunis-kartunis ini, aku belajar dengan meniru lukisan mereka. Kebanyakan kemahiran, stroke, teknik dan sebagainya aku belajar dari komik dan majalah. Nak harapkan dari silibus Pendidikan Seni kat sekolah, memang payah la.

Pelajaran seperti Pendidikan Seni waktu tu dah mula dipandang sepi oleh sebilangan besar masyarakat. Aliran Sastera di dalam pendidikan sekolah menengah dianggap sebagai aliran kelas kedua.

Bidang yang paling ditekankan adalah bidang sains dan teknologi atas alasan ia kelak mampu memberikan pulangan dan manfaat yang besar untuk negara di masa hadapan sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Bidang-bidang lain yang berkaitan dengan seni seperti bakat melukis, seni persembahan dan sebagainya dipinggirkan kerana dianggap tiada masa depan kerana tidak menjanjikan kerjaya yang stabil dan pulangan yang tetap.

Jadinya, walaupun kata-kata Pakcik Razak itu tadi itu sentiasa segar dalam ingatan, aku tak pula menyalahkan mahupun membenci beliau. Pendapat beliau didorong oleh cara fikir masyarakat kita pada hari itu dan mungkin juga hingga hari ini yang menganggap bakat seni adalah perkara yang sia-sia.

Oh ya, berikut adalah gambar random yang dilukis oleh aku sebentar tadi.

Ikan

6 KOMEN

  1. melukis boleh dijadikan hobi..pendapatan sampingan dulu untuk create platform.dah ada nama, then boleh kot try full time?all the best bro…
    p/s: envy sangat dengan orang ada bakat melukis!

  2. kalau dari segi material, memang la takde janjikan apa2. same la jugak kalau kita belajar pandai macamana pun, tapi kalau lepas grad pun malas kerja. selalu tuang, pun tak guna jugak.

    yang penting, kalau kita buat satu benda yang kita suka, kita dijanjikan dengan sesuatu iaitu “kepuasan”. bab jadikan benda tu sebagai kerjaya, itu dah kira bonus la.

  3. dulu kecik2 hobi aku melukis. habis buku teks sekolah aku conteng. tapi bila dah besar hobi aku bukan melukis lagi, sebab melukis dah jadi kerjaya aku skrg. termasuklah pernah melukis utk buku teks sekolah.

  4. Setiap pekerjaan klu disertakan minat & sentiasa mengasah bakat yg ada pasti akan berjaya juga.. begitu juga dgn kerjaya kartunis ni. Saya pernah kenal seorang pelukis jalanan sahabat karib pak usu saya (dulu pak usu saya kira mcm best friend saya laa masa kecik)… Member dia senang2 dpt 5k sebulan hanya melukis potret.. Satu masa, rezeki dia ada dapat tempahan melukis potret kerabat diraja.. lepas tu, karya dia terus meletop dikalangan golongan elit. Skrng dah pangkat datuk & menetap di villa di JB. Boleh dikatakan antara pelukis potret terbaik malaysia juga.. teringin juga nak melawat & buat entri ttg beliau di blog. Tapi segan pulak bila dah tua ni nak melawat dia tanpa pak usu.. nampak mcm nak menumpang publisiti dia pulak hehee… Apa pun, semoga berjaya SY.. all the best!!!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.